suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polisi Catuan Setiap Dua Hari Ada Air Masih Diteruskan - Syabas

Syabas memaklumkan polisi catuan air setiap dua hari masih berjalan seperti biasa.
KUALA LUMPUR: Polisi catuan bekalan air setiap dua hari yang diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih berjalan mengikut jadual, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Syarikat itu berkata ini bermakna, kawasan yang dijadual mendapat air akan menerima bekalan berterusan selama 41 jam bermula jam 4 petang, manakala zon yang dijadualkan tiada bekalan air akan mengalaminya selama 55 jam bermula jam 9 pagi.

Justeru, kenyataan bahawa catuan air dilaksanakan secara tiga hari ada air dan dua hari tiada air adalah tidak benar sama sekali, kata Syabas dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Syabas memaklumkan kejadian paip pecah di Seksyen 3 Petaling Jaya, Bukit Kemuning dan Bukit Rinching menjadi antara punca kelewatan mendapat bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurut Syabas, kawasan terlibat akan kembali mendapat bekalan air selepas kerja pembaikan paip siap dilaksanakan. 

Pengguna dinasihatkan melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk mengetahui maklumat dan status terkini pelan catuan air.

Syabas, catuan, bekalan air

Artikel Lain