Tingkat Teknologi Pertahanan - Agong - Semasa | mStar

Tingkat Teknologi Pertahanan - Agong

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) berkenan menyampaikan piala Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat kepada Pegawai Rendah Muda Mohamad Fahmi Jamal sempena Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (dua, kanan). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan para pegawai tentera muda agar terus meningkatkan pengetahuan dalam ilmu ketenteraan supaya mereka lebih sensitif dengan perkembangan teknologi pertahanan semasa.

Sebagai pegawai tentera berijazah, Seri Paduka Baginda berharap pasukan pertahanan muda negara akan lebih berkemampuan untuk menghadapi cabaran kerjaya masa hadapan dengan penuh yakin serta semangat jati diri yang tinggi.

"Seperti mana yang kita ketahui, profesion ketenteraan merupakan satu kerjaya yang unik. Kerjaya ini menekankan dua elemen penting iaitu kemahiran ketenteraan dan juga kepakaran profesional dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains dan pengurusan.

"Gabungan kedua-dua elemen ini akan memberi kesan kepada usaha meningkatkan keupayaan pertahanan negara. Beta yakin dengan ilmu yang ada, saudara saudari akan dapat menyumbang ke arah pembentukan angkatan tentera yang kredibel dan disegani," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada istiadat perbarisan diraja dan pengurniaan watikah tauliah pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi sini, Sabtu.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Tuanku Abdul Halim juga meminta para pegawai tentera muda agar proaktif dalam membantu merancang masa hadapan angkatan tentera supaya ia dapat menyesuaikan diri pada ancaman bentuk baharu yang mula dirasai dalam proses globalisasi kini.

Selain itu, Seri Paduka Baginda mengingatkan pegawai tentera muda supaya menjaga nilai peribadi dan akhlak dengan tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

"Semua tugasan hendaklah disempurnakan dengan jujur dan amanah. Maruah imej angkatan tentera boleh terjejas akibat tindakan segelintir pegawai-pegawai yang tidak bermoral dan tidak amanah," titah baginda.

Pada pembukaan ucapan baginda, Tuanku Abdul Halim turut menzahirkan rasa simpati kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang lebih sebulan lalu.

Baginda meminta anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat supaya bertenang dan tabah.

Baginda mengurniakan watikah tauliah kepada 270 orang pegawai tentera yang menamatkan latihan ketenteraan dan pengajian akademik mereka.

Artikel Sebelum

MH370: Malaysia Minta Sertai JACC

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain