Tembak Polis: Analisis CCTV Bantu Jejaki Suspek - Semasa | mStar

Tembak Polis: Analisis CCTV Bantu Jejaki Suspek

Seorang pegawai penyiasat mengumpul bukti ditempat kejadian tembakan berlaku. Gambar kecil, fotofit suspek yang menembak dua anggota polis di Pandan Indah.
KUALA LUMPUR: Polis giat memburu seorang lelaki bertatu harimau di badannya dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) susulan kes dua anggotanya ditembak di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata rakaman CCTV itu diperoleh daripada kedai berhampiran tempat kejadian.

"Suspek kelihatan jelas dalam rakaman itu, namun siasatan lanjut Unit Forensik perlu dilakukan bagi mengenal pasti identiti lelaki itu," katanya ketika ditemui pada program kepolisan komuniti di Ukay Perdana di sini, Sabtu. 

Menurutnya identiti lelaki berusia 30-an itu akan didedahkan dalam masa terdekat dan polis tidak menolak kemungkinan dia terlibat dengan kumpulan kongsi gelap yang aktif di sekitar Kuala Lumpur. 

Dalam insiden 10.30 pagi itu, Lans Koperal Lional Richard Jr, 26, dan Konstabel Zullfadzly Atlah, 28, anggota peronda Balai Polis Pandan Indah, cedera akibat ditembak seorang lelaki ketika membuat rondaan.


Suspek dan seorang lagi lelaki bersamanya melarikan diri selepas tiga das tembakan dilepaskan ke arah kedua-dua anggota polis itu, yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Ampang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah berhubung seorang lelaki yang ditemui rentung dalam sebuah kereta BMW di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa di sini, awal pagi Jumaat.

Menurutnya punca kebakaran kira-kira 5 pagi itu dipercayai membabitkan aspek teknikal kenderaan terbabit. 

"Lelaki berusia 30-an itu adalah bekas pegawai kesihatan di Perak dan merupakan pemilik kereta itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Dirogol Bomoh Ketika Berubat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain