suria

APMM Kedah Tahan Dua Nelayan Pukat Rawa Surong

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua nelayan dan menyita bot pukat rawa surong mereka kerana menangkap ikan tanpa lesen dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan, berhampiran Pantai Murni, Yan awal pagi Sabtu.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt Kdr Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata bot tersebut ditahan kira-kira pukul 2 pagi, 0.8 batu nautika dari kawasan pantai tersebut.

"Bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tidak mempunyai lesen untuk menggunakan pukat rawa surong. Dalam bot tersebut juga mempunyai peralatan yang tidak dibenarkan. Kami turut menyita tiga kilogram hasil tangkapan nelayan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sejak awal bulan ini hingga kini, APMM menahan tiga bot pukat rawa surong yang menceroboh kawasan pantai Yan.

Sebarang aduan boleh dibuat menerusi talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Kedah di talian 04-7621810.

APMM, Pukan Rawa Surong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain