Kerajaan Cadang Jadikan Hutan FRIM Tapak Warisan Unesco - Semasa | mStar

Kerajaan Cadang Jadikan Hutan FRIM Tapak Warisan Unesco

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menjadikan hutan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai salah sebuah tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menjelang 2017.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata, hutan FRIM harus dipelihara dan dikekalkan sebagai kawasan pelancongan utama negara ini kerana ianya adalah hutan buatan manusia yang terbesar dan tertua di dunia.

"Kawasan hutan berkeluasan lebih kurang 150 hektar ini adalah hutan buatan manusia terbesar dan tertua di dunia, jadi matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan kawasan ini sebagai tapak warisan Unesco pada tahun 2017 dan pada setiap tahun, seramai 600,000 pelancong mengunjungi kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat FRIM dan menyempurnakan Perasmian Galeri Buluh dan Rotan dengan menanam anak pokok buluh di sekitar galeri di institut itu, di sini Rabu.

Penanaman pokok buluh ini juga akan menjadi sumber makanan kepada dua ekor panda dari Chengdu, China yang bakal tiba di Malaysia pada pertengahan bulan ini dan akan ditempatkan di Zoo Negara, katanya. 

Sementara itu Timbalan Menteri kementerian berkenaan Datuk Seri Dr James Dawos Mamit memberitahu pemberita kemudian, FRIM telah mengambil langkah untuk memastikan daun buluh yang menjadi makanan panda dari China akan sentiasa dibekalkan sepanjang masa.

Katanya, spesies buluh yang menjadi makanan panda itu memang wujud di Malaysia dan daun buluh daripada negara China juga telah dihantar ke pusat kuarantin panda itu untuk melatihnya supaya biasa dengan daun buluh dari Malaysia.

Pasangan panda yang dinamakan Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) dihadiahkan oleh kerajaan China untuk negara ini sebagai ikon hubungan dua hala sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun ini.

Antara spesies buluh yang telah diselidik dan sesuai untuk dijadikan makanan pasangan panda itu adalah buluh madu, buluh padang, buluh botol, buluh betong, buluh pagar dan buluh siam.

"Antara tempat utama penanaman buluh yang pihak kami tetapkan adalah di Paya Indah Wetland, Lanchang, Rembau, dan Bagan Datuk kerana tempat ini boleh menghantar stok buluh untuk panda itu makan dengan cepat," katanya.
hutan FRIM , tapak Unesco , G.Palanivel

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain