suria

MH370: Tiada Tuntutan Wang Tebusan Dibuat

Hishammuddin (dua, kanan) menjawab soalan-soalan daripada wartawan semasa sidang akhbar, Ahad. -foto AFP
KUALA LUMPUR: Tidak ada kumpulan telah membuat sebarang tuntutan wang tebusan susulan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pada sidang akhbar Ahad, Hishammuddin enggan mengulas mengenai spekulasi kemungkinan berlakunya bentuk serangan 9/11 dan mengatakan adalah sukar untuk menentukan sama ada ia adalah rampasan atau mempunyai kaitan dengan keganasan.

Katanya, ketiadaan tuntutan wang tebusan susulan kehilangan pesawat menjurus polis melakukan siasatan dalam aspek lain.

Beliau berkata, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid juga tidak meminta untuk terbang bersama dalam penerbangan dari KL ke Beijing, Sabtu lalu.


Kapten Zaharie (kiri) dan pembantunya, Fariq.

Pencarian pesawat hilang memasuki fasa baru dramatik pada Sabtu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui buat kali pertama bahawa pesawat tersebut telah sengaja dialihkan dan ia mungkin melakukan penerbangan jauh ke utara seperti Kazakhstan di Asia Tengah atau ke arah selatan melalui Lautan Hindi.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media sama berkata pesawat berlepas dengan bahan api yang dirancang dan tidak membawa bahan api tambahan.

Pesawat tersebut katanya mempunyai bahan api untuk terbang sehingga 8 jam sambil menambah tidak ada bahan berbahaya di dalam kargo.

Artikel Lain