Catuan Air Di Tampin, Rembau Jika Paras Air Di Empangan Menurun - Semasa | mStar

Catuan Air Di Tampin, Rembau Jika Paras Air Di Empangan Menurun

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan terpaksa melaksanakan program catuan air di beberapa kawasan di Tampin dan Rembau sekiranya paras air di empangan Gemencheh terus menurun.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri itu tiada pilihan lain tetapi perlu melaksanakan catuan air jika musim kemarau berterusan.

"Paras air di empangan tersebut akan terus menurun secara berterusan kerana musim kemarau dan ia boleh menampung bekalan air untuk tempoh sehingga 25 hari jika hujan tidak turun," katanya.

Pada Jumaat lalu, paras air di empangan Gemencheh menurun kepada 99.95m, di atas paras kritikal 98m.
catuan air , empangan gemencheh , tampin , rembau

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain