Mayat Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Ditemui Di Sungai Berang - Semasa | mStar

Mayat Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Ditemui Di Sungai Berang

KUALA TERENGGANU: Mayat Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalau ditemui terapung di sebuah sungai di Hulu Terengganu.

Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, ditemui terapung di Sungai Berang di Kampung Tajin kira-kira 11.45 pagi Isnin.

Pada Sabtu lalu, keretanya, sebuah Audi, ditemui dekat pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd di Kuala Berang.

Mayat Wan Hariff telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd Jamil sebagai berkata, tiada unsur jenayah ditemui disebalik kehilangan Wan Hariff.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian.

Artikel Sebelum

Mat Sabu Tidak Faham Erti Perjuangan Malaya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel