EGM MCA Pada Ahad Depan - Semasa | mStar

EGM MCA Pada Ahad Depan

KUALA LUMPUR: MCA telah mengeluarkan satu notis bertarikh 14 Februari bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Wisma MCA di sini, Ahad depan.

Agenda utama mesyuarat ialah untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan wajar, meluluskan resolusi 'bahawa Perhimpunan Agung memutuskan untuk menerima semua jawatan kerajaan di semua peringkat'.

Notis tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan juga menyenaraikan sebab-sebab EGM diadakan.

Majoriti masyarakat Cina tidak bersetuju dengan keputusan parti untuk tidak mengambil bahagian dalam pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan Persekutuan sejak pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

Menurut notis itu, pertubuhan-pertubuhan seperti Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia dan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia secara terbuka menggesa MCA untuk menyertai semula Kabinet dan semua peringkat kerajaan untuk melaksanakan tugas mereka sebagai parti komponen Barisan Nasional.

Ia menyatakan bahawa jika MCA tiada di peringkat pihak berkuasa tempatan, negeri dan Persekutuan, parti itu tidak dapat menimbulkan isu mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada masyarakat Cina dan ini bukan sahaja dirasai oleh ahli-ahli parti tetapi juga masyarakat Cina.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 2011 telah memutuskan untuk menolak semua jawatan kerajaan jika parti mendapat keputusan lebih teruk pada pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya umum ke-12 dan ia telah diluluskan sebagai suatu ketetapan.

Perkara ini turut diberi penekanan semula dalam AGM 2012.

Parti itu menghadapi kesukaran melaksanakan resolusi sebelum ini dan ini telah melambatkan dan menjejaskan penyertaan parti di peringkat kebangsaan dalam membuat keputusan dasar.

Perwakilan pusat EGM boleh mula mendaftar pada 22 Februari antara pukul 3.30 petang - 8.30 malam dan pada 23 Februari antara pukul 8 pagi - 11.30 pagi.

Perwakilan pusat mesti mengemukakan kad keahlian mereka (kad pintar) untuk pendaftaran.

Majlis makan malam pra- EGM akan diadakan di Wisma MCA pada 22 Februari.

Artikel Sebelum

Effendi Tidak Akan Tanding Di Balingian

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain