suria

Budak Lelaki Lima Tahun Rentung Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki berusia lima tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah kampung di daerah pedalaman Tenom pada tengah malam Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy Ramin berkata, mayat Mohd Imel Abdullah ditemui rentung di ruang tamu rumah pada kira-kira pukul 12.18 pagi.

Affendy berkata, mereka dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada kira-kira pukul 11.47 malam dan bomba sampai di tempat kejadian dalam masa 15 minit.

Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan 90% daripada rumah dan bomba berjaya mengawal keadaan pada pukul 12.27 pagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain