suria

Jabatan Petugas Khas Polis Dibubar - KPN

Khalid
Khalid
Khalid

KUALA LUMPUR: Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan dibubarkan berkuatkuasa 1 Februari ini.

Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu merupakan sebahagian daripada penyusunan semula jabatan-jabatan dibawah pasukan berkenaan.

"Tugas-tugas jabatan (Petugas Khas) akan diserap dibawah Cawangan Khas (SB) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

"SB akan melakukan siasatan terhadap aktiviti pengganas manakala akitiviti pengubahan wang haram pula akan dikendalikan oleh JSJK," katanya di sini pada Rabu.

Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan hanya melibatkan ibu pejabat sahaja tanpa penubuhan cawangan di negeri-negeri.

Ianya bertujuan mempertingkatkan kemahiran dan menyusun strategi dalam memerangi serta membendung ancaman keganasan, jenayah terancang, jenayah bersindiket dan penggubahan wang haram.

Fungsi dan peranan jabatan tersebut juga adalah melakukan risikan dan operasi pembanterasan aktiviti kumpulan-kumpulan dan elemen-elemen keganasan serta operasi membanteras kegiatan jenayah terancang, jenayah bersindiket dan pengubahan wang haram.

Jabatan tersebut turut bertanggungjawab dalam menangani ancaman militan dan pengganas sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Artikel Lain