suria

BN Perlu Sahut Pelawaan Permuafakatan Oleh Anwar - Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menyahut pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelawaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan langkah proaktif yang perlu diambil berat.

"Kesemua ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini menunjukkan keterbukaan beliau dan ia perlu difikirkan oleh pemimpin Umno serta BN," katanya di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid akan menemui Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan pelawaan berkenaan.

Pada Ahad, Anwar menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan demi kepentingan rakyat.

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain