suria

Mohd Amin Nordin Dilantik KP DBKL Yang Baharu

Mohd Amin Nordin dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang baharu berkuatkuasa Rabu.-fotoBERNAMA
Mohd Amin Nordin dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang baharu berkuatkuasa Rabu.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang baharu berkuatkuasa pada Rabu, menggantikan Datuk Salleh Yusuf yang bersara.

Dalam sidang medianya pada Rabu, Mohd Amin berkata beliau akan berusaha memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik serta memberi tumpuan penuh untuk membangunkan Kuala Lumpur.

Mohd Amin sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosioekonomi DBKL dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun bersama DBKL.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain