suria

Polis Jejaki Penjenayah Bersenjata Di Kuching

KUCHING: Polis sedang menjejaki seorang penjenayah bersenjata yang melarikan diri selepas gagal mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata suspek yang dipercayai bersenjatakan pistol meloloskan diri selepas bergelut dengan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) yang kebetulan berada di tempat kejadian berdekatan Jalan Jambatan Gantung Satok, kira-kira pukul 11.00 pagi Isnin.

"Suspek kemudiannya berlari ke arah sebuah rumah yang berdekatan sebelum mencuri sebuah motosikal untuk melarikan diri.

"Dua kelopak peluru berisi 21 butir peluru hidup jenis P99 turut ditemui di tempat kejadian dan dipercayai tercicir daripada suspek semasa pergelutan itu," katanya.

Sementara itu seorang rakan suspek telah berjaya diberkas.

Roslan berkata kedua-dua suspek sebelum itu dipercayai telah memecahkan cermin kenderaan 4WD itu namun gagal menghidupkan enjinnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain