suria

SK Relau Dipilih Laksana Projek Perintis E-Pembelajaran Di Kedah

BANDAR BAHARU: Sekolah Kebangsaan Relau dekat sini dipilih untuk melaksanakan projek perintis program e-pembelajaran yang pertama di Kedah mulai Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah Norsabrina Mohd Noor berkata program itu bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum murid luar bandar.

Program ini akan dilaksana dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kedah, katanya kepada pemberita selepas melawat kelas tahun satu dan prasekolah di sekolah itu pada Rabu.

Katanya menerusi program itu, murid luar bandar akan diberi pendedahan lebih meluas mengenai teknologi maklumat termasuk tuisyen percuma yang dijalankan oleh persatuan belia.

Norsabrina yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu turut melawat enam lagi sekolah kebangsaan di sekitar daerah ini untuk melihat sendiri keperluan sekolah-sekolah tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain