suria

Pendawai Elektrik Maut Terjatuh Bangunan

GEORGE TOWN: Seorang pendawai elektrik maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat pangsapuri Kristal Height di Jalan Delima di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mayat Lim Swee Chye, 42, ditemui orang awam di halaman pangsapuri berkenaan dalam keadaan kepalanya berlumuran darah pada pukul 8 pagi Khamis.

"Lelaki yang masih bujang itu mempunyai rekod perubatan sakit jiwa di Jalan Perak di sini dan tinggal berdua bersama ibunya di flat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata kali terakhir mangsa berbual dengan ibunya ialah pada pukul 4 pagi Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain