suria

Kerja Penyelenggaraan Berjalan Mengikut Jadual - Syabas

Petugas Syabas, Iqwat Sukor membuat persiapan awal memasukkan air ke dalam tangki lori di Bengkel Syabas Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA
Petugas Syabas, Iqwat Sukor membuat persiapan awal memasukkan air ke dalam tangki lori di Bengkel Syabas Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA
Petugas Syabas, Iqwat Sukor membuat persiapan awal memasukkan air ke dalam tangki lori di Bengkel Syabas Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Semua kerja penyelenggaraan yang menyebabkan sebahagian penduduk Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air pada Selasa berjalan mengikut jadual, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, Syabas sedang memantau 41 paras kolam-kolam utama dan kolam perkhidmatan yang menerima bekalan air dari kolam imbangan Matang Pagar loji rawatan air tersebut.

"Kebanyakan kawasan masih menerima bekalan air seperti biasa manakala sesetengah kawasan menghadapi masalah tekanan air rendah.

"Puspel merekodkan 33 aduan mengenai masalah gangguan air dengan 17 pengadu dari Petaling, 11 dari Klang/Shah Alam, dua dari Gombak dan tiga dari Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Hanya tiga permintaan untuk mendapatkan bekalan air dari lori tangki - satu di Petaling dan dua di Kuala Lumpur.

"Semua pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas," katanya.

Syabas memulakan kerja penyelenggaraan di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2, Batang Berjuntai, bagi menggantikan papan suis, pembaikan paip dan penggantian suis injap.

Bekalan air akan pulih secara berperingkat-peringkat dari pukul 9 malam Selasa sehingga 8 pagi Ahad.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini berhubung ganguan bekalan air, layari laman web www.syabas.com.my, www.facebook.com / PUSPEL dan laman sosial Twitter atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-5252.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain