suria

Kerajaan Johor Beri Bantuan RM200 Ringankan Beban Mangsa Banjir

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) menerima replika cek RM100 ribu untuk bantuan banjir daripada Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Kiswire, Zainudin Abdul Hamid (dua, kiri) di pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor Bharu, Jumaat. -fotoBERNAMA

NUSAJAYA: Mangsa banjir di negeri ini akan menerima bantuan RM200 daripada kerajaan negeri Johor bagi membantu meringankan beban mereka akibat bencana itu.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat 2,300 mangsa daripada 9,600 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

"Bantuan ini merupakan tambahan kepada bantuan RM500 yang diumumkan kerajaan pusat baru-baru ini.

"Mana-mana ketua keluarga yang layak menerima bantuan RM500 itu, maka dia juga layak menerima bantuan RM200," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan bagi membantu mangsa banjir di Kota Iskandar, Jumaat.

Pada majlis itu, syarikat pengeluar keluli Kiswire Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000.

Khazanah Nasional Berhad, Iskandar Investment Berhad, Iskandar Waterfront Holdings, UEM Sunrise Berhad dan orang ramai melalui Iskarnival yang berlangsung di sini minggu lepas pula menyumbangkan RM46,535.18.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata keadaan banjir di Johor semakin pulih kecuali kawasan Segamat yang masih membuka dua pusat pemindahan.

Beliau berkata sehingga tengah hari, 74 mangsa daripada 20 keluarga di daerah itu masih ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Spang Loi dan Balai Raya Gemerih IV.

Mohamed Khaled turut berterima kasih kepada semua agensi, jabatan kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat membantu mangsa banjir di negeri ini.

Beliau juga meminta kesemua mangsa banjir agar bersabar dengan bencana yang menimpa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain