suria

Asoghan Mahu Guan Eng Tunjuk Laporan Dihantar Kepada ROS

G. Asoghan
G. Asoghan
G. Asoghan

BUTTERWORTH: Bekas Ketua DAP Cawangan Jalan Bagan Luar, G. Asoghan mahu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghantar salinan surat yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti di setiap cawangan DAP seluruh negara.

Katanya sudah menjadi tugas Guan Eng sebagai setiausaha agung parti untuk menghantar surat tiga muka surat itu kepada setiap cawangan DAP bagi membolehkan setiap cawangan mengetahui isi kandungannya.

"Bukan sahaja saya masih lagi menunggu Lim mempamerkan surat parti DAP bertarikh 6 Disember kepada pihak ROS, sebaliknya semua ahli akar umbi nak tahu apa yang ada dalam surat berkenaan.

"Jika beliau menganggap surat tiga helai kertas ini adalah laporan lengkap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 29 Sept kepada ROS, mengapa takut untuk mempamerkan surat itu kepada ahli DAP," katanya dalam sidang akhbar, di sini, Jumaat.

Katanya sekiranya Guan Eng gagal menghantar salinan surat itu kepada anggota DAP, lebih baik Ketua Menteri Pulau Pinang itu meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti.

Asoghan mendakwa Guan Eng takut untuk mendedahkan surat itu kepada anggota DAP kerana sebelum ini beliau pernah membohongi anggota parti tentang isi kandungan surat ROS bertarikh 17 April lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain