suria

Jambatan Taktikal Di Kemaman Siap Untuk Kegunaan Orang Ramai

Kelihatan anngota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) sedang membina jambatan taktikal bagi menggantikan jambatan sungai Limbung yang runtuh akibat banjir di Chukai.

KUALA LUMPUR: Jambatan Taktikal di Sungai Limbung yang menghubungkan jalan utama Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu siap sepenuhnya awal pagi Selasa.

Jambatan itu boleh dilalui semua kenderaan mulai 12 tengah malam Isnin.

Menurut Kementerian Pertahanan, pembinaan jambatan itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Sungai Limbung dan memudahkan orang ramai ke Bandar Chukai dengan selamat.

Ia boleh digunakan oleh orang ramai sehingga jambatan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, kata kementerian dalam kenyataan pada Selasa.

Jambatan sepanjang 20 meter itu dibina oleh 41 anggota Tentera Darat dari tujuh Skuadron iaitu Rejimen Askar Jurutera Diraja Kota Baharu, Kelantan dan 11 Skuadron dari Temerloh, Pahang.

Mereka diketuai oleh Mejar Nik Amir Nik Yaacob, Pegawai Pemerintah 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja dari Temerloh.

Jambatan asal di sungai itu runtuh pada Khamis lepas. - BERNAMA

Artikel Lain