suria

Koh Tsu Koon Dilantik Pengerusi WEF

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilantik sebagai pengerusi Yayasan Pendidikan Wawasan (WEF) berkuat kuasa 23 Oktober.

Koh, 64, yang juga pro canselor Universiti Terbuka Wawasan (WOU), menggantikan Datuk Seri Stephen Yeap, yang berkhidmat sebagai pengerusi WEF selama 10 tahun.

Yeap pula dilantik sebagai pengerusi WOU Sdn Bhd, yang sebelum ini disandang mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik.

Naib canselor WOU Prof Datuk Dr Ho Sinn Chye menyifatkan Koh sebagai ahli akademik terbilang.

"Pengurusan dan staf WOU yakin beliau akan memberi bimbingan yang amat berguna dalam pelbagai aspek berkaitan kemajuan dan pembangunan universiti ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Koh, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah lepasan Princeton University dalam bidang fizik dan memperoleh ijazah sarjana dan PhD dalam bidang ekonomi dan sosiologi pendidikan daripada University of Chicago. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain