Shamsubahrin Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Penggubahan Wang Haram, Menipu - Semasa | mStar

Shamsubahrin Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Penggubahan Wang Haram, Menipu

KUALA LUMPUR: Perunding perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk membela diri atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menipu bekas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail berjumlah RM1.755 juta.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu pada Selasa selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsubahrin, 47.

Rozilah kemudiannya menetapkan 10 Disember untuk sebutan kes berikut permohonan pembelaan bagi menarik balik saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20, 21 dan 24 Februari untuk perbicaraan dan 17 Mac untuk penggulungan kes.

Artikel Sebelum

QSR Brands Sahkan Ahmad Zaki Letak Jawatan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

Maut terlebih makan durian