Mendiang Dr Lim Keng Yaik Penerima Anugerah Kepimpinan Air - Semasa | mStar

Mendiang Dr Lim Keng Yaik Penerima Anugerah Kepimpinan Air

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili bersama penerima Anugerah Kepimpinan Tenaga iaitu bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Toh Puan Wong Yoon Chuan, isteri kepada mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik yang dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Air selepas menyampaikan anugerah itu pada malam Anugerah Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2013 di Putrajaya, malam Khamis. Turut sama ialah Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee (kiri). -fotoBERNAMA
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili bersama penerima Anugerah Kepimpinan Tenaga iaitu bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Toh Puan Wong Yoon Chuan, isteri kepada mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik yang dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Air selepas menyampaikan anugerah itu pada malam Anugerah Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2013 di Putrajaya, malam Khamis. Turut sama ialah Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee (kiri). -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik diberi Anugerah Kepimpinan Air untuk menghargai jasa dan sumbangan tokoh itu dalam pembangunan dan kemajuan industri air di negara ini.

Mendiang, yang memegang portfolio itu pada 2004 hingga 2008, telah menerajui usaha penstrukturan semula industri bekalan air di Malaysia termasuk meningkatkan prestasi operator mengurangkan kos operasi serta mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW).

Sementara itu, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Tan Sri Peter Chin Fah Kui diberi Anguerah Kepimpinan Tenaga bagi mengiktiraf kepimpinan beliau dalam sektor tenaga termasuk mempromosikan perbaharuan pasaran dalam industri bekalan elektrik.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyampaikan anugerah itu kepada isteri mendiang Dr Lim, Toh Puan Wong Yoon Chuan dan Chin pada majlis Anugerah Industri KeTTHA 2013 (KIA 2013) di sini malam Khamis. Dr Lim meninggalkan dunia pada 22 Disember 2012 ketika berusia 73 tahun.

Pada majlis yang sama, Ongkili juga menyampaikan 23 anugerah, iaitu 13 anugerah (kategori tenaga), lapan anugerah (kategori air) dan empat (kategori teknologi hijau) kepada pihak industri.

Majlis yang julung kali diadakan adalah untuk mengikitraf pencapaian cemerlang serta memberikan motivasi kepada mereka untuk terus melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Majlis berprestij ini merupakan kerjasama KeTTHA dengan Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain