suria

Struktur Siling Di Hospital Serdang Diperkukuh

KUALA LUMPUR: Hospital Serdang kini dalam proses memperkukuh keseluruhan struktur siling secara berperingkat, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Farida Mohd Ali.

Menurutnya, kerja-kerja pengukuhan siling diselia bersama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mesyuarat bersama Ketua Jabatan telah diadakan bagi memaklumkan mengenai kerja pengukuhan siling itu.

"Kerja-kerja ini telahpun dimulakan dan pengukuhan siling di Aras 2 dilakukan pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, beberapa kepingan siling di bilik pemulihan wad rawatan Neonatal (NICU) runtuh dalam kejadian awal pagi tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain