Polis Edar Gambar Wanita Dipercayai Terbabit Kes Samun Kedai Emas - Semasa | mStar

Polis Edar Gambar Wanita Dipercayai Terbabit Kes Samun Kedai Emas

Gambar Norena Lamuddin, 27, dari Filipina, dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.
Gambar Norena Lamuddin, 27, dari Filipina, dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.

KUALA LUMPUR: Polis, pada Rabu mengedarkan nama dan gambar seorang wanita dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.

Wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin, 27, berasal dari Lambitan, Filipina itu disyaki menyimpan sebahagian besar barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 yang disamun itu.

"Kami percaya wanita itu merupakan teman wanita kepada suspek utama dan menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat wanita terbabit untuk tampil memberikan kerjasama di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Rabu, beliau berkata polis hanya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun lelaki terbabit.

Ahad lepas, pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas itu ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah.

Ku berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan pada 3 Nov lepas memiliki kad pengenalan milik orang lain yang dipalsukan.

"Sebelum ini, polis menahan seorang penyelia di syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan dia disiasat di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membenarkan individu lain memegang senjata api miliknya.

"Senjata api itu merupakan milik penyelia syarikat keselamatan berkenaan," katanya sambil memberitahu syarikat keselamatan itu memiliki lesen yang sah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pistol Di Stadium Shah Alam Bukan Milik Polis

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.