suria

Dua Cedera Parah, 24 Cedera Ringan Bas rempuh Lori

IPOH: Dua cedera parah manakala 24 yang lain cedera ringan apabila bas yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori.

Kejadian itu berlaku di KM231.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar kira-kira pukul 1.40 pagi Ahad.

Difahamkan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian terpaksa mengambil masa lebih dari dua jam untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam rangka bas.

Kedua-dua yang cedera parah dipercayai pemandu bas dan pembantu pemandu.

24 penumpang yang cedera ringan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar.

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain