suria

PRK Sungai Limau: Mohd Azam Rayu Liputan Seimbang

YAN: Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat merayu supaya diberikan liputan pemberitaan yang seimbang serta tidak hanya menyajikan maklumat sehala kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menurut beliau, media seharusnya memainkan peranan sebagai penyalur maklumat secara keseluruhan tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik yang bertanding.

"Saya harap seluruh wartawan dapat berikan liputan yang adil dan benar.

"Ini penting supaya kita tak hanya sogokkan pengundi dengan maklumat sehala...tapi biarlah secara seimbang," katanya pada Sabtu.

Sementata itu mengulas mengenai perkembangan kempennya selepas masuk hari keempat berkempen, Mohd Azam berkata beliau bersyukur dengan sambutan yang diberikan.

Katanya beliau percaya pengundi sudah menerima maklumat yang tepat mengenai tawarannya sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di DUN Sungai Limau.

"Penerimaaan pengundi di sini baik...Alhamdulillah. Kita juga sedar semua pengundi merupakan mereka yang bijak untuk membuat pilihan.

"Mereka telah didedahkan dengan maklumat iaitu merujuk kepada bukan sahaja maklumat yang sehala tapi pelbagai (saluran) maklumat," katanya.

Artikel Lain