suria

Kerajaan Cadang Tingkat Sumbangan SP1M Daripada 5 Kepada 10 Peratus Mulai Januari 2014

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang meningkatkan sumbangannya kepada Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M) daripada lima peratus kepada 10 peratus atau daripada maksimum RM60 kepada RM120 setahun berkuat kuasa 1 Januari 2014 hingga akhir 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peningkatan itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menyertai skim ini dan menjangka menarik penyertaan 30,000 pencarum baharu.

"Untuk meningkatkan simpanan tambahan, Kerajaan menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang melalui Skim Persaraan Swasta (PRS). "Oleh itu, Kerajaan mencadangkan insentif sekali sebanyak RM500 kepada pencarum yang menyertai skim PRS, dengan pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2014 di Parlimen.

Perdana Menteri berkatainsentif itu terbuka kepada kepada individu yang berumur antara 20 dan 30 dijangka menarik seramai 420,000 pencarum muda di seluruh negara.

"Insentif itu akan dilaksanakan mulai 1 Januari, 2014, bagi tempoh lima tahun melibatkan peruntukan RM210 juta," kata beliau. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain