suria

Azizah Mohd Dun & Adik Intai Jawatan Ketua Bahagian Beaufort

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun yang berdepan dengan adiknya Saridah bagi pertandingan jawatan ketua Umno Bahagian Beaufort yakin perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam pemilihan pada Sabtu.

Saya tidak ada masalah bersaing dengan adik sendiri kerana kami masing-masing mempunyai kelebihan, katanya kepada pemberita di sini.

Kedua-duanya yang datang berasingan tiba di mesyuarat perwakilan dan pemilihan bahagian itu pada waktu yang sama kira-kira 9 pagi dan mengundi pada pukul 11 pagi.

Jawatan itu turut ditandingi oleh pemangku Ketua Bahagian Isnin Aliasnih yang menjalankan tugas berkenaan sejak penyandang Datuk Seri Lajim Ukin keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat, tahun lepas.

Sebanyak 718 daripada 739 perwakilan hadir mengundi. -BERNAMA

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain