suria

Umno Siasat Punca Kelewatan Di Beberapa Bahagian

KUALA LUMPUR: Umno sedang menyiasat pelbagai insiden yang menyebabkan kelewatan di beberapa bahagian bagi ahli mengundi untuk pemilihan parti pada Sabtu.

"Kami sedang dalam proses menyiasat punca kejadian ini. Bagaimanapun, semuanya diselesaikan setakat ini dan mesyuarat di bahagian ini telah diadakan dengan lancar," kata Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Wanita Umno Pekan mengalami bekalan kuasa terputus di pusat mengundi Wanita Umno Pekan di Dewan Konvensyen Pekan pada waktu pagi, yang menyebabkan mereka untuk meneruskannya dengan bantuan lampu kecemasan.

Antara insiden lain termasuk kelewatan ketibaan kertas undi yang dilaporkan di beberapa bahagian di Negeri Sembilan dan Kedah.

Artikel Lain