suria

Dua Maut Nahas Di Maran

KUANTAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah van di Km47 Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Maran malam Selasa.

Nor Fadli Mohd Nor, 32, dilanggar van terbabit yang datang dari arah Temerloh menghala ke Bandar Jengka ketika keluar dari Simpang Ladang ke jalan besar di situ pada 8.40 malam.

Pemangku Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata lelaki itu mati di tempat kejadian.

Sementara itu dalam satu lagi kejadian pada 9.30 pagi Selasa, seorang lagi penunggang motosikal maut manakala rakannya parah apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km51.2 Jalan Temerloh-Bandar Jengka berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah di daerah sama.

Mohd Khairol Mohd Khir, 27, mati di temaot kejadian manakala Norhidayah Mohd Nor, 23, cedera parah di kepala. - BERNAMA

Artikel Lain