Pemilihan Umno: Tujuh Individu Di P.Pinang Ditolak Pencalonan - Semasa | mStar

Pemilihan Umno: Tujuh Individu Di P.Pinang Ditolak Pencalonan

GEORGE TOWN: Tujuh individu di Pulau Pinang, yang menghantar borang untuk bertanding beberapa jawatan pada pemilihan Umno Oktober ini, ditolak borang pencalonan kerana status keanggotaan mereka.

Keanggotaan mereka digantung atas beberapa sebab antaranya dakwaan mensabotaj parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir, Khamis.

"Kami terima surat penggantungan keahlian tujuh calon yang ingin bertanding itu pada pukul 4.45 petang 21 Sept 2013 iaitu pada hari penyerahan borang pencalonan untuk bertanding.

"Ini adalah keputusan Umno Pusat dan bukan dari Umno Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di sini.

Musa berkata tujuh pencalonan yang ditolak itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abd Rashid Abdullah yang mahu bertanding jawatan ketua Umno Bahagian Nibong Tebal dan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed yang berhasrat bertanding jawatan ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Lima pencalonan lain yang ditolak ialah Dr Md Rozi Yusof untuk timbalan ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian Tasek Gelugor), dan Salmah Ahmad, Azmidy Mohamad serta Rahim Che Noor, ketiga-tiga mereka bertanding untuk jawatan anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor.

Musa berkata sebanyak 32 calon di negeri ini, yang menyerahkan borang pencalonan pada Sabtu untuk bertanding, disahkan menarik diri selepas tempoh bertenang selama 72 jam tamat.

Katanya penarikan diri itu menjadikan jumlah keseluruhan calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno di negeri ini seramai 1,924 orang.

"Bagaimanapun itu bukanlah keputusan akhir kerana calon-calon akan melalui satu lagi saringan di peringkat pusat, yang akan tentukan sama ada calon ada terlibat dengan kegiatan jenayah ataupun diisytiharkan bankrup," jelas beliau.

Yang turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pulau Pinang Datuk Daud Taha.

Pada pemilihan kali ini, Musa berkata terdapat tiga bahagian menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan ketua Umno Bahagian iaitu di Permatang Pauh, Jelutong dan Bukit Bendera.

Selain itu terdapat satu bahagian menyaksikan pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua Umno bahagian iaitu Bagan, manakala empat bahagian menyaksikan pertandingan satu lawan satu untuk jawatan yang sama iaitu Kepala Batas, Batu Kawan, Tasek Gelugor dan Bayan Baru.

Sementara itu, Daud berkata Lembaga Disiplin Umno masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dikenakan kepada tujuh orang yang ditolak pencalonan mereka itu.

"(Bagaimanapun) menurut surat yang dikeluarkan pada 20 Sept yang saya terima sehari selepas itu menyatakan bahawa mereka hilang kelayakan sebagai ahli Umno, tidak boleh dipilih dan memilih (untuk mana-mana jawatan) sehingga kes mereka selesai," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain