suria

Lelaki Maut Selepas Pengsan Semasa Memandu

KUANTAN: Seorang lelaki yang memandu sebuah van jenis Nissan maut selepas dipercayai pengsan ketika memandu sebelum terbabas di Km141 Jalan Kuala Lumpur menghala ke Kuantan dekat Temerloh.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam nahas 2.30 petang semalam itu mangsa, Quek Kim Pew, 50, memandu sendirian dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.

"Hasil siasatan awal, mangsa yang berasal dari Mentakab itu dipercayai pengsan semasa memandu sebelum kenderaannya terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di kepala dan badan itu disahkan mati di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain