suria

Saingan Tiga Penjuru Rebut Jawatan Ketua Wanita Umno

PETALING JAYA: Perebutan untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno akan menyaksikan persaingan tiga penjuru pada pemilihan sayap parti Oktober depan.

Persaingan itu melibatkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bakal menerima tentangan daripada ahli Umno Kulim-Bandar Bharu, Raihan Sulaiman Palestin dan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Maznah menyerahkan borang pencalonan kira-kira 20 minit sebelum tempoh penyerahan ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.

Sementara itu bagi Naib Ketua Wanita, pertandingan jawatan itu menyaksikan saingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun; Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dan

Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob.

Artikel Lain