318 Borang Pencalonan Umno Pusat Dikeluarkan - Rauf - Semasa | mStar

318 Borang Pencalonan Umno Pusat Dikeluarkan - Rauf

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Umno mengeluarkan sebanyak 318 borang pencalonan bagi jawatan-jawatan di peringkat pusat sehingga hari terakhir proses pengeluaran borang ditutup pada pukul 5 petang Jumaat.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tawau, Ariffin Kasim menjadi orang terakhir mengambil borang pencalonan bertanding bagi jawatan Exco Pemuda Umno Malaysia.

Ariffin, 39, yang pertama kali menawarkan diri bertanding bagi jawatan tersebut mengambil borang yang ke 117 kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak 101 borang pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi dikeluarkan manakala 60 borang bagi Pergerakan Wanita dan 41 bagi Pergerakan Puteri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu