suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

267 Borang Pencalonan Umno Pusat Dikeluarkan Setakat Ini

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat Umno mengeluarkan sejumlah 276 borang pencalonan bagi jawatan-jawatan di peringkat pusat setakat pukul 5 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Umno berkata sejumlah 86 borang pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) telah dikeluarkan termasuk 16 borang pada Khamis.

Bagi jawatan Exco Wanita pula, sebanyak 53 borang dikeluarkan manakala Pemuda (102) dan Puteri (35).

"Sehingga pukul 5 petang ini, borang pencalonan yang dikeluarkan bagi Wanita ialah 10, Pemuda (16) dan Puteri (6)," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Borang pendaftaran pencalonan mula diedarkan Sabtu lepas dan tarikh akhir untuk mengambil borang pencalonan ialah pada pukul 4 petang esok.

Mereka yang berminat bertanding pada pemilihan parti Oktober ini perlu menyerahkan borang pencalonan yang lengkap pada Sabtu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Oktober.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat Bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober.

Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain