suria

Mahkamah Benar Tangguh Hukuman 13 Penyokong PAS Dengan Ikat Jamin

TAIPING: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dua tahun kepada 13 penyokong PAS yang didapati bersalah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di Kuala Kangsar empat tahun lalu.

Dalam membuat keputusan itu pada Khamis, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin menetapkan RM3,000 ikat jamin kepada setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan syarat bahawa tertuduh tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media atau lain-lain mengenai kes tersebut sementara menunggu rayuan mereka.

Tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar Jumaat lepas.

Mahkamah rendah juga mengarahkan mereka membayar denda RM5,000 atau penjara enam bulan.

Tertuduh dikatakan telah melakukan kesalahan itu pada pukul 3.30 petang pada 6 Februari 2009, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.

Artikel Lain