suria

RCI Sabah Dilanjut Sehingga Disember

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah dilanjutkan bidang kuasanya selama tiga bulan lagi.

Setiausaha Suruhanjaya Datuk Saripuddin Kasim berkata suruhanjaya itu yang sepatutnya berakhir Jumaat ini dilanjutkan sehingga 21 Dis bagi menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan.

"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Siasatan 1960, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelanjutan masa Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah selama tiga bulan mulai 21 September hingga 21 Disember 2013," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Suruhanjaya itu mula bersidang Januari lepas bagi menyiasat dakwaan kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain