Suhaimi Nafi Laporan Sejumlah Kereta Mewah Dirampas SPRM - Semasa | mStar

Suhaimi Nafi Laporan Sejumlah Kereta Mewah Dirampas SPRM

Suhaimi Ibrahim
Suhaimi Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Datuk Suhaimi Ibrahim menafikan laporan akhbar pada Rabu bahawa sejumlah kereta mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik beliau.

Suhaimi merupakan setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewaktu Shahrizat menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya di sini pada Rabu.

Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.

SPRM baru-baru ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain