suria

Lelaki Maut Motosikal Dirempuh Bas Sekolah

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah bas sekolah di Jalan Paya Terubong menghala ke Air Itam di sini Rabu.

Tan Kay Heng, 53, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kejadian pada 12 tengah hari itu turut menyebabkan pemandu bas dan beberapa murid yang menaiki bas itu cedera ringan.

"Pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan turut melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan sebelum merempuh motosikal mangsa," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

Artikel Lain