suria

Seorang Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

MAKKAH: Seorang jemaah haji Malaysia, Daud Kasim, 64, meninggal dunia akibat masalah jantung di Madinah pagi Ahad.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jenazah Daud diurus oleh Tabung Haji (TH) dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah selepas solat Asar, Ahad.

Katanya Allahyarham Daud meninggal dunia pada pukul 9 pagi waktu tempatan di Klinik Zon 1, Hotel Al Haram, Madinah.

Allahyarham adalah jemaah haji di bawah tajaan 1Malaysia Development Berhad dan berasal dari Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.

TH akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham tanpa sebarang bayaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AES Diserah Kepada PDRM

Artikel Lain