suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AES Diserah Kepada PDRM

KUALA TERENGGANU: Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu sudah berkuat kuasa dan membabitkan semua lokasi AES sedia ada.

"Saya ingin mengesahkan bahawa AES telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, Sabtu.

Beliau ditanya mengenai desas-desus bahawa AES akan diserah kepada polis apabila urusan pengambilalihan daripada syarikat swasta seperti yang diumum oleh kerajaan baru-baru ini selesai.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu bulan lepas, berkata kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut.

Setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di seluruh negara kecuali di Melaka.

AES yang dikuat kuasa sejak Sept tahun lepas ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sistem itu antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain