Pasukan Keselamatan Pantau Konflik Bersenjata di Selatan Filipina - Semasa | mStar

Pasukan Keselamatan Pantau Konflik Bersenjata di Selatan Filipina

KUDAT: Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pihak berkuasa pertahanan dan keselamatan negara sentiasa memantau konflik bersenjata dan pergolakan terbaru yang meletus di selatan Filipina.

Beliau berkata langkah itu penting bagi menilai sama ada konflik berkenaan akan memberi kesan langsung terhadap ancaman keselamatan dan pertahanan negara khususnya, Sabah.

"Pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan serpihan dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikhuatiri akan membuka ruang ketidakstabilan di wilayah yang baru saja menyaksikan rangka kerja perjanjian damai di antara kerajaan Filipina dan puak pemisah yang juga kumpulan berpengaruh iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Malaysia menjadi perantara utama.

"Sebagai negara jiran terdekat, pergolakan di sana dikhuatiri sedikit sebanyak akan melimpah kesannya ke Sabah," katanya kepada pemberita sempena lawatan ke tapak cadangan kem tentera di Kudat dan pos kawalan Dogoton Pulau Banggi, dekat sini, Rabu.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata pihak pertahanan dan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kita tidak akan membiarkan kedaulatan negara dicabuli. Rakyat diminta sentiasa bersatu hati dan menyokong sebarang langkah kerajaan.

"Pihak tertentu diseru tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh membuka ruang kepada anasir asing untuk mengeksplotasi suasana apatah lagi dalam kita menyambut Hari Malaysia ke-50 tahun ini," katanya.

Abdul Rahim berkata kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan, dan kerajaan mempunyai pelbagai peruntukan perundangan yang mampu memerangi anasir jahat.

Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan yang boleh dikenakan tindakan terhadap sesiapa yang disyaki atau terlibat dalam menggugat kestabilan, keselamatan dan pertahananan negara, katanya. "Negara kita akan sentiasa menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara demi menjaga kestabilan, keamanan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Semasa lawatan itu, Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat diiringi Panglima Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) Lt Jen Dato Sri Abdul Halim dan Panglima 5 Briged Datuk Ranjit Singh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain