suria

Hakim Bersara Boleh Bertindak Sebagai Peguam - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara boleh bertindak sebagai peguam dalam perkara sivil.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Raus Sharif, yang mempengerusikan panel itu memutuskan bahawa tidak ada asas undang-undang untuk menafikan bekas hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai peguam.

Pasukhas Pembinaan Sdn Bhd dan I- Inovasi Construction Sdn Bhd telah memohon untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada bertindak untuk MTM Millenium Holdings Sdn Bhd dalam pertikaian sivil ke atas projek pembinaan di Cherating , Pahang.

Mahkamah Persekutuan juga menerima permohonan maaf daripada Gideon Tan, peguam Pasukhas dan I- Innovations atas dakwaan yang dibuat dalam afidavit oleh anak guamnya.

Panel turut terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, Hakim Ahmad Maarop, Suriyadi Halim Omar dan Zaleha Zahari menolak permohonan itu dengan kos RM10,000.

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Artikel Lain