suria

Isu Qazaf: Jamil Khir Fail Saman Terhadap Ketua AMK

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu pada Selasa selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain