suria

Wanita Terima Saman 'Salah Guna Sperma' Dakwa Turut Didera

Melanie dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur mendakwa dirinya turut didera oleh Ahbabovic.
Melanie dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur mendakwa dirinya turut didera oleh Ahbabovic.
Melanie dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur mendakwa dirinya turut didera oleh Ahbabovic.

KUALA LUMPUR: Wanita yang menerima saman 'penyalahgunaan sperma' daripada bekas teman lelakinya mendakwa dia mengalami tekanan emosi seumur hidup.

"Dakwaannya yang mengatakan saya berkeinginan melakukan hubungan seks enam kali sehari, seorang wanita materialistik dan menyukai lelaki warga asing adalah sesuatu yang memalukan dan menghancurkan hati.

"Tuduhan itu memberikan kesan psikologi dan kekal dalam ingatan saya seumur hidup," kata ibu berusia 29 tahun itu.

Dalam satu sidang media yang dianjurkan Persatuan Suara Wanita pada Jumaat, Melanie (bukan nama sebenar) turut mendakwa dia didera secara fizikal oleh lelaki itu beberapa bulan selepas menjalin hubungan dengannya.

Melanie berkata dia mahu berpisah dengan lelaki Bosnia, Ervin Ahbabovic, 41, tetapi lelaki itu enggan melepaskannya dan mengancam akan mencederakannya dan ahli keluarganya.

Menurut Melanie, dia akhirnya tekad meninggalkan Ahbabovic apabila lelaki itu enggan membenarkannya menghadiri majlis pengebumian neneknya tahun lalu sekaligus menafikan dakwaan dia bertemu dengan seorang profesor dari Amerika.

Mengulas mengenai permintaan Ahbabovic untuk bertemu dengan anak lelakinya berusia tiga tahun, Melanie berkata dia 'tidak akan menyerahkan anaknya kepada Ahbabovic'.

Melanie turut membuat satu surat yang mengesahkan Ahbabovic pernah didakwa kerana mencabul kehormatan di Mahkamah Kuala Lumpur pada 2006 tetapi dilepaskan empat tahun kemudian.

Katanya, dia juga telah memberikan keterangan kepada polis pada Jumaat.

Presiden Persatuan Suara Wanita, Chew Hoong Ling berkata 'sperma berkualiti tinggi' seperti yang didakwa Ahbabovic jelas merupakan satu penghinaan kepada lelaki di Malaysia.

Beliau menggesa wanita lain yang turut menjadi mangsa penipuan Ahbabovic untuk tampil dan persatuan itu akan membantu mereka.

Dalam reaksi balas kepada dakwaan Melanie, Ahbabovic memberitahu akhbar China Press bahawa 'dia adalah seorang wanita yang bijak' dan hanya satu kesalahannya iaitu 'gagal memahami fikirannya'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain