Sembilan Anggota Kongsi Gelap Cuba Lari Ke Negara Jiran Ditahan - Semasa | mStar

Sembilan Anggota Kongsi Gelap Cuba Lari Ke Negara Jiran Ditahan

BUKIT KAYU HITAM: Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam di sini ketika cuba melarikan diri ke negara jiran untuk bersembunyi malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hasan berkata kesemua mereka berusia antara 24 hingga 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 malam oleh pasukan Cantas Khas Bukit Aman ketika cuba melepasi pintu sempadan negara.

Katanya hasil siastan awal mendapat salah seorang daripada mereka tidak mempunyai sebarang pasport atau dokumen untuk masuk ke negara jiran itu.

Beliau berkata mereka melintasi sempadan dengan berjalan kaki bagi mengelak dikesan pihak berkuasa yang giat menjalankan Ops Cantas Khas terhadap kumpulan kongsi gelap.

"Kita kesan mereka masuk sempadan setiap hari berdasarkan cop Imigresen pada pasport mereka dan kita percaya mereka cuba melarikan diri daripada dikesan polis serta ada yang masuk untuk membuang tatu mereka.

"Kita percaya sembilan individu yang ditahan itu mempunyai jawatan dalam kongsi gelap itu dan ada di kalangan mereka adalah 'fighter' yang terlibat dalam kes pergaduhan. Kita akan siasat perkara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di CIQ Bukit Kayu Hitam awal pagi Sabtu.

Abd Jalil berkata kesembilan lelaki itu berasal dari negeri ini, Perak dan Selangor.

Katanya pihaknya akan meminta bantuan daripada polis negara jiran bagi membantu menjejaki saki baki anggota kumpulan haram itu yang masih aktif dalam negara ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan terus mengetatkan pintu kawalan bagi mencantas semua penjenayah yang juga anggota kongsi gelap yang cuba memboloskan diri ke sempadan negara jiran itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota masyarakat yang turut sama membantu polis dalam usaha mengekang kumpulan kongsi gelap haram dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain