Exco, Adun P.Pinang Isytihar Aset Kepada Umum - Semasa | mStar

Exco, Adun P.Pinang Isytihar Aset Kepada Umum

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat pada Selasa mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Beberapa salinan deklarasi aset 11 anggota exco termasuk Lim dan 19 Adun diedarkan kepada pemberita pada sidang media di Komtar.

Lim berkata butiran aset itu termasuk hartanah, pelaburan dan kenderaan sehingga 5 Mei tahun ini.

Deklarasi itu akan dimuat naik ke dalam laman web rasmi kerajaan negeri itu pada Rabu.

"Kami mengotakan janji dan melaksanakan manifesto kami. Kami telah berjanji bahawa deklarasi itu turut akan melibatkan Adun.

"Sekarang hanya negeri ini saja yang melakukannya. Kami turut meminta negeri lain supaya mengamalkan pendekatan ini," katanya.

Lim berkata Adun dari Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang amat dialu-alukan untuk mengisytiharkan aset mereka dan kerajaan negeri sedia membantu mereka.

Firma audit, Grant Thornton telah dilantik oleh kerajaan negeri itu menguruskan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain