Kualiti Udara Di Seri Manjung Semakin Merosot - Semasa | mStar

Kualiti Udara Di Seri Manjung Semakin Merosot

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Seri Manjung merosot pagi Rabu apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu bacaan 119, pada pukul 8 pagi.

Menurut Jabatan Alam Sekitar dalam laman sesawangnya, bacaan IPU di kawasan itu mula meningkat kepada bacaan 117, pada 6 pagi.

Hanya satu kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding tiga pada Selasa iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang.

"Kualiti udara di tiga kawasan tersebut semakin pulih apabila menunjukkan penurunan bacaan IPU sederhana sehingga 8 pagi, iaitu di Muar pada bacaan 56, Bukit Rambai 92 dan Pelabuhan Kelang 90, berbanding bacaan 9 pagi Selasa masing-masing 113, 115 dan 104," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kualiti udara di SK Jalan Pegoh dan Tanjung Malim menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 91 dan 87, diikuti Kuala Terengganu dan Kuala Selangor dengan 86.

Sebanyak 33 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana manakala 11 kawasan masih memiliki kualiti udara yang baik, antaranya di Sabah, Sarawak dan Johor.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini