suria

PAS Pusat Tolak Gesaan Mahu Hadi Jadi MB

Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly Ahmad.

BESUT: PAS Pusat menolak gesaan Dewan Ulama parti itu yang mahu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu kekal dengan pendirian mahu BN terus menerajui kerajaan negeri walaupun PAS berjaya memperoleh kerusi ke-16 selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

"Ketetapan ini bukan dibuat oleh Dewan Ulama, ia telah pun diputuskan bahawa PAS tidak menuntut jawatan berkenaan. Bagaimanapun kita hormati pandangan tersebut," katanya pada sidang media di markas PAS di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Khairuddin Aman Razali yang menggesa supaya Abdul Hadi diangkat menjadi Menteri Besar Terengganu berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

Gesaan ini dilihat bertentangan dengan pendirian terbuka Abdul Hadi pada Jumaat lalu yang membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika PAS berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Mengulas lanjut mengenai perkata itu Dzulkefly berkata, isu pelantikan Menteri Besar tidak timbul walaupun PAS mensasarkan untuk mewujudkan 'DUN Tergantung'.

"Datuk Seri Abdul Hadi mungkin adalah calon yang tepat (sebagai Menteri Besar), tapi itu bukan isu," katanya.

Abdul Hadi pada masa ini merupakan penyandang kerusi DUN Rhu Rendang juga Ahli Parlimen Marang.

Artikel Lain